Matlamat perbincangan ini adalah untuk memberi peluang kepada belia berdialog, menyuarakan cabaran dan masalah serta memberi pandangan dan cadangan sambil menggalakkan belia celik politik.
Kita sudah ada subjek yang menekankan subjek alam seperti geografi. Tidak perlu tambahan subjek sebaliknya beri penekanan pada subjek yang sedia ada. Logiknya, belum tentu belajar banyak subjek jadi lebih pandai. Kita bukan perlukan kefahaman mendalam tentang perubahan iklim apa yang kita sangat perlukan sekarang ialah kesedaran yang boleh menimbulkan tindakan.
Dengan kurikulum padat dan kekurangan sumber, menambah topik baru mungkin jejas kualiti pengajaran mata pelajaran asas. Integrasi pendidikan perubahan iklim secara berperingkat atau ko-kurikulum lebih sesuai.
Kurikulum dan kaedah pengajaran perubahan iklim yang tepat dan berfokus perlu diaplikasi bermula di bangku sekolah bagi memperkasa pengetahuan dan kebertanggungjawaban pelajar terhadap isu perubahan iklim selari dengan tuntutan Matlamat Pembangunan Lestari Malaysia.
Pengenalan pendidikan perubahan iklim melalui pendekatan yang interaktif perlu dilaksanakan untuk memastikan jurang pengetahuan tentang perubahan iklim dapat dirapatkan dan membentuk masyarakat yang bertanggungjawab untuk mengamalkan tenaga hijau dan responsif terhadap isu isu perubahan iklim
Pendidikan perubahan iklim di sekolah penting untuk meningkatkan kesedaran generasi muda, memberikan kemahiran, dan pengetahuan agar mereka dapat menyesuaikan diri, mengurangkan impak, dan melindungi komuniti mereka
Tanpa undang-undang khusus, pendidikan perubahan iklim di Malaysia kurang berkesan. Tindakan penguatkuasaan undang-undang perlu diutamakan untuk mitigasi impak perubahan iklim yang dipengaruhi aktiviti industri dan pembakaran bahan api fosil.
Mewujudkan subjek baharu seolah mengadaikan dan merencatkan pembangunan anak bangsa. Kadangkala untuk memutuskan sesuatu keputusan kita perlu pijak pada bumi yang nyata dan berpaksikan mengukur baju di badan sendiri. Pembangkang percaya kita tidak ada keperluan melihatkan kepada 3 sebab musabab.
Sistem pendidikan Malaysia kekurangan dana, terutamanya di luar bandar. Menambah pendidikan perubahan iklim sebagai subjek wajib boleh membebankan sumber yang terhad. Pendekatan alternatif yang lebih praktikal diperlukan untuk integrasi tanpa membebankan.
Pendidikan Perubahan Iklim perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah bagi meningkatkan kesedaran dan minat para pelajar terhadap kelestarian alam terutamanya isu perubahan iklim yang semakin kritikal seterusnya mendorong kepada tindakan proaktif dalam setiap bidang pekerjaan yang mereka ceburi kelak.
Pendidikan Perubahan Iklim diwajibkan dan dilaksanakan kepada semua murid di sekolah sehingga tingkatan 5 dan merupakan mata pelajaran wajib lulus yang akan dinilai mengikut tugasan serta kerja-kerja secara praktikal.